BOLEH KE [ RAWAT ] IKAN LAGA PATAH PINGGANG?



Macam mana nak kenal ikan laga patah pinggang?

1. Cara berenang : Ikan laga yang patah pinggang berenang secara vertical / berdiri untuk pergi ke permukaan air.

2. Fizikal Badan : Badan ikan laga patah pinggang bengkok sedikit pada belakang badan ikan. 

3. Kelakuan Ikan : suka duduk di dasar air atau baring di atas daun atau pokok air untuk merehatkan badan. Ini disebabkan terlalu penat berenang.


Ikan laga patah pinggang boleh breed ke?
Mengikut eksperimen, ikan laga patah pinggang sebenarnya boleh try breed.

Fry ikan laga patah pinggang akan sakit jugak ke?
Tak, anak ikan laga patah pinggang tak akan patah pinggang kecuali memang patah pinggang.



Ikan laga patah pinggang boleh dirawat ker??
Boleh, tapi memerlukan kesabaran dan ketabahan kerana mengambil masa untuk sembuh.

Berapa lama masa nak rawat ikan laga patah pinggang?
4 hari hingga 3 minggu ataupun lebih lama.

Bergantung kepada mental ikan. Lebih aktif kemungkinan lebih cepat proses perawatanya ( teori )

Macam mana nak rawat ikan laga yang patah pinggang?
Senang je, ikut cara ni...

Cara Merawat ikan patah pinggang

Step 1 : Turunkan air



Kenapa kena turunkan air?
Ikanakan lebih mudah untuk ke permukaan air. Ini dapat membantu proses merawat ikan laga patah pinggang.

Nak turunkan sampai paras mana?
Turunkan air sehingga paras badan ikan yang nak dirawat.

Step 2 : Bagi makan pelet

bagi makan pelet dekat ikan laga

Kenapa kena bagi pelet?
Bila ikan makan pelet, secara tidak sengaja ekor ikan akan menyentuh dasar dan mengurut pinggang yang patah.

Jadi, setiap kali korang bagi makan ikan laga, ikan laga tu akan semakin sembuh.

Bagi makanan hidup tak boleh ke?
Makanan hidup tak dapat membantu.

Step 3 : Tunggu sampai sembuh

cara rawat ikan laga patah pinggang

Berapa lama nak tunggu ikan laga patah pinggang sembuh?
Selalunya 3 hari - 4 minggu atau lebih bergantung pada mental ikan yang aktif.


Hasil daripada proses pemulihan


Senang kan? nak rawat ikan laga patah pinggang cuma perlu banyak tunggu je.

Lepas ni boleh try dekat ikan sendiri.

Jadi tak?

Tajuk Berkaitan










Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tq boss
    saya buat dah menjadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama - sama, terima kasih jugak sebab sudi baca blog abudar betta.

      Padam
  2. My betta succesfully healed! Thanks!

    BalasPadam