5 CARA PENJAGAAN IKAN LAGA [ ASAS ]

Cara Penjagaan Ikan Laga

cara menjaga ikan laga [ how to take care of betta fish ]

Kenapa kita kena tahu asas untuk jaga ikan laga?
Ini untuk memastikan ikan laga kita sentiasa sihat dan gembira, ada 5 asas yang kita perlu tahu untuk menjaga ikan dengan baik :


1. Hiasan apa yang sesuai?
2. Apa function daun ketapang?
3.  Berapa banyak nak bagi makan?
4. Macam mana nak jaga mental ikan laga supaya sentiasa aktif?
5. Macam mana nak jaga kualiti air supaya ikan sentiasa sihat dan aktif?

Jadi abg akan terangkan 5 asas ini supaya korang "take note" untuk jaga ikan laga korang.


1. Hiasan Tank

tank ikan laga [ betta fish tank ]

Apa function hiasan dalam tank ikan laga?
Hiasan tank penting supaya ikan laga kita tak boring dan stress semasa duduk dalam tank ikan laga.

Hiasan apa yang bagus untuk ikan laga?
1. Tumbuhan air
2. Kayu 

Contoh gambar macam kat bawah :

Tumbuhan Air

pokok air ikan laga [ betta fish plant / aqua plant ]

Tumbuhan air akan menjadi taman untuk ikan laga jalan-jalan untuk menghilangkan stress.

Kayu Bonsai

kayu bonsai

Kayu Bonsai juga sama seperti tumbuhan air.


2. Daun Ketapang

daun ketapang [ indian almond leaves ]

Apa function daun ketapang?
Daun ketapang ada banyak manfaat untuk ikan laga :

1. Dapat mengubah ph air
2. Boleh 'groom' warna ikan laga
3. Menguatkan mental ikan laga
4. Mencegah ikan laga daripada stress
5. Menjadi anti bakteria

dan lain-lain.

Ada jugak orang pakai 'pati ketapang' untuk memudahkan kerja.

Pati Ketapang

pati ketapang [ almond leaves starch ]

Kat mana nak dapat pati ketapang?
Pati ketapang boleh dapat dekat pasaran ataupun homemade.

Macam mana nak buat pati ketapang?
Ada beberapa langkah yang korang perlu ikut untuk menghasilkan pati ketapang yang berkualiti dan bagus.

- LINK -

3. Makanan Ikan Laga

makanan ikan laga [ betta fish food ]

Makanan apa yang orang selalu guna untuk ikan laga?
Makanan yang paling populer dan selalu digunakan oleh pencinta ikan laga ialah pelet ikan laga.

Pelet boleh dibeli di pasaran online atau cari di mana-mana kedai yang berdekatan.

Ada banyak jenis pelet yang popular; 


Makanan apa yang paling bagus?
Makanan yang paling bagus untuk ikan laga ialah makanan hidup seperti kutu air.

Kutu Air

kutu air moina

Kutu air terkenal dengan protien yang tinggi dan juga menjadi makanan untuk fry ikan laga.

Kutu air ada tiga jenis ;




4. Penjagaan Mental Ikan Laga

ikan laga [ betta fish ]

Penting ke jaga mental ikan laga?
Penjagaan mental sangat penting untuk mengelakkan ikan laga kita daripada mudah sakit dan juga stress.

Macam mana nak jaga mental ikan laga?
Untuk menjaga mental ikan laga kita supaya sentiasa aktif kita kena selalu bagi ikan laga flare 

Just bagi diorang flare dalam 10-15 minit setiap hari dah cukup dah.

Kalau ikan laga tu sekor je macam mana nak flare?
Kalau hanya ada seekor ikan laga sahaja digalakkan mengunakan cermin flare ataupun cermin biasa.

Cermin Flare

cermin flare ikan laga [ betta fish flare mirror ]

Senang nak dapat cari je online atapun kedai ikan laga berdekatan.

5. Penjagaan Kualiti Air

ikan laga [ betta fish ]

Penting ke jaga kualiti air ikan laga?
Untuk memastikan ikan laga supaya sentiasa sihat dan aktif, penjagaan air memainkan peranan yang sangat penting.

Macam mana nak jaga kualiti air?
Kita kena tukar air ikan yang baru setiap kali kotor atau 3-5 hari [ atau mengikut saiz tank ]

Kalau tank besar sangat mungkin dalam seminggu pun boleh tahan lagi.

Kesimpulan

5 asas penting yang kita perlu tahu : 

1. Hiasan tank yang bagus
2. Kegunaan daun ketapang
3. Makanan yang bagus dan jadual pemakanan
4. Penjagaan mental
5. Penjagaan kualiti air

Untuk menjaga ikan laga kita dengan betul supaya sihat dan gembira.

Abg harap korang dapat amalkan ilmu ni untuk ikan laga korang.

Sebarang soalan atau pertanyaan boleh komen dekat bawah.

#abudarbetta #abudarbettablog #ikanlaga #bettafish  #caramenjagaikanlaga  #bettafishcare 


Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.