KENAPA IKAN LAGA [ MATI ] ?


Apa tanda ikan laga mati?

Warna ikan laga memudar ( pucat ) dan tidak bergerak langsung.

Tetapi kena hati-hati terkadang ikan laga tidak bergerak kerana sedang berehat. Kalau tak nak tersalah ketok je bekas ikan laga tu guna tangan. Kalau tak gerak jugak try sauk ikan laga guna jaring.

Kalau masih tiada tindak balas kemungkinan ikan laga korang sudah pun kehilangan nyawa.

Berapa lama ikan laga boleh hidup?

Ikan laga mempunyai jangka hayat 2-5 tahun mengikut google tetapi ada banyak punca yang membolehkan ikan laga kita mati lebih cepat.

Nak tahu lebih lanjut scroll je ke bawah...

1. overfeed

Pelik kan? kenapa banyak makan boleh mati pulak ikan kita?

Ini disebabkan overfeed boleh menyebabkan air kotor dan menjemput mikroorganisma yang tidak bagus untuk ikan laga.

Berapa banyak ikan laga perlu makan sebenarnya?

Ikan laga hanya perlukan 4-6 biji pelet setiap hari sebanyak 2 kali sehari ( untuk pelet




Macam mana pulak untuk makanan hidup?

Untuk makanan hidup seperti kutu air, jentik2 dll, kena pandai agak2.





2.  Air Kotor



Air kotor memang sangat merbahaya untuk ikan laga kita sebab boleh menjemput bakteria jahat dan boleh mengakibatkan ikan mudah terkena penyakit yang membawa maut.

Macam mana nak mantain air yang bersih dan padu?

Kita sebagai tuan kepada ikan laga perlu menukar air seminggu sebanyak 2 kali ( ikut saiz bekas )



3.  Suhu Tidak Stabil





Suhu yang sesuai untuk ikan laga adalah 24-29 darjah celcius.

Suhu yang sejuk boleh mengakibatkan ikan kurang aktif dan mudah terkena pelbagai penyakit.

Suhu yang panas pula boleh mengakibatkan air ikan laga mengurang dengan cepat dan boleh membuat ikan laga kita stress.


4)  Campur Ikan Laga



Ikan laga suka hidup bersendirian sebab nama pun ikan " pelaga". Kalau korang campur ikan laga yang memang selalu duduk bersendirian boleh mengakibatkan ikan stress dan bergaduh antara satu sama lain.




Kalau nak kahwinkan ikan macam mana pulak?

Kalau kahwinkan lain la ceritanya, kalau perasan ikan laga kena mengenal antara satu sama lain sebelum mereka melakukan persenyawaan. Sebab kalau kita terus campur ikan laga kita boleh bergaduh jugak.

5.  Ikan Stress




Ikan laga yang stress boleh menyebabkan kematian jugak.

Macam mana nak elakkan ikan laga stress?

Senang jer kita kena beri mereka flare dengan cermin selama 15 minit setiap hari supaya ikan laga kita excersice dan tak boring duduk dalam bekas ikan tu.



Kesimpulannya,

Ikan laga boleh mati disebabkan:

1. Overfeed
2. Air Kotor
3. Suhu tidak stabil
4. Campur ikan laga
5. Ikan stress

Jagalah mereka dengan baik dan teliti dengan langkah yang kita lakukan.

Sayangilah ikan laga kita seperti nyawa kita sendiri.

Kepada yang baca sampai habis abg nak korang  claim wallpaper ikan laga secara percuma.

Link wallpaper ikan laga https://bit.ly/bettawallpaper



Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.