MACAM MANA NAK JAGA IKAN LAGA SEMASA MUSIM HUJAN?


Kenapa ikan laga saya mudah sakit semasa musim hujan?
Musim hujan sebenarnya boleh menyebabkan ikan laga kita mudah terkena penyakit dan kurang aktif. Bahaya juga untuk fry ikan laga kerana cuaca sejuk tidak sesuai untuk ikan laga.

Jadi macam mana nak elak ikan laga sakit time musim hujan?
Senang jer ikut cara ni...


Pertama : Tambahkan Kuantiti Garam

Kenapa dengan garam ni,  Ada function ke?
Garam boleh memanaskan air ikan laga dan juga dapat membunuh kuman untuk menjaga kesihatan ikan laga.

Kita dapat elak daripada terkena pelbagai penyakit seperti stress, kuncup, dropsy dan lain-lain.

Kedua : Pekatkan air daun ketapang


Kenapa kena pekatkan air daun ketapang semasa musim hujan?
Apabila air daun ketapang kita bertambah pekat air ikan laga tu dapat menghasilkan haba dan juga elak daripada ikan laga kita stress semasa musim hujan.

Jadi macam mana nak buat air daun ketapang yang pekat?
Senang je, kita kena ikut proses pembuatan daun ketapang yang bagus untuk ikan laga.

Senang je, Ikut cara ni...

( dekat sini ada jugak cara proses daun ketapang )



Ke 3 : Flare Sebelum Makan


Kenapa kena flare ikan sebelum bagi makan?
Kalau nak tahu bagi flare ikan laga kita sebelum makan boleh menghasilkan mental ikan yang padu dan menjaga form ikan laga.

Ini cara bagus juga untuk menjaga ikan laga pada musim hujan sebab boleh mengelakkan ikan laga kita stress semasa musim hujan dan dapat mengelakkan penyakit semasa musim hujan.


Bonus*

Ke 4 : Gunakan Daun Pisang


Apa daun pisang boleh buat pada ikan laga?
Daun pisang yang kering boleh menjaga suhu yang stabil untuk ikan laga kita.

Daun pisang juga boleh menghasilkan infosuria iaitu makanan hidup yang bagus untuk ikan laga.

Selalunya, daun pisang ini digunakan kepada anak ikan / spawn ikan laga.



Lepas ni kita dapat elak ikan kita stress ataupun sakit time musim hujan.

Jadi macam mana nak rawat ikan laga apabila terkena penyakit?

Adelaa...
Tajuk Bertkaitan




Tags

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.