Kutu Air
Kutu air adalah sejenis makanan hidup ikan pelaga yang sering digunakan oleh para breeder.
Makhluk ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu kutu air moina dan daphnia.
Kutu Air Moina
Kutu air moina adalah kutu air yang kecil berbanding dengan daphnia. Moina adalah sejenis kutu air yang mudah mati dan juga sensitif.
Kutu ini sering digunakan untuk memberi makan fry yang baru lahir atau menetas daripada telurnya.
Makhluk ini juga adalah salah satu makanan terbaik untuk ikan laga kesayangan korang.
Kutu Air Daphnia
Daphnia adalah sejenis kutu air yang lebih besar berbanding darpipada moina.
Kutu air ini boleh bertahan lebih lama bebanding dengan moina.
Kutu ini tidak sesuai untuk fry yang baru lahir kerana saiznya terlalu besar untuk mulut si kecil.
Daphnia selalunya sesuai untuk ikan laga yang dewasa yang sudah berumur 2-3 minggu ke atas.