MACAM MANA NAK BUAT [ PATI KETAPANG ] YANG PEKAT?

Cara Buat Pati Ketapang


Kenapa kena guna pati ketapang?

Pati ketapang mempunyai banyak manfaat seperti :

1. Menurunkan ph air

2. Merawat luka ikan laga

3. Mencegah stress 

4. Menjadi anti bakteria

5. Groom ikan menjadi lebih cantik

manfaat daun ketapang kering untuk ikan laga


Jadi, macam mana nak buat pati ketapang?
Kita kena buat proses pembuatan daun ketapang dulu, barulah kita mula buat pati ketapang.

Jadi ini caranya...


Step 1 : Sediakan Daun Ketapang 

Kat mana nak dapat daun ketapang?
Daun ketapang boleh dapat dekat pokok ketapang.Pokok ketapang pula boleh dapat dekat negara kita.

Macam mana nak pilih daun ketapang?
Pilih daun ketapang yang kering, bila diremuk berbunyi krup-krap, boleh kembali dengan sempurna apabila diremukkan.

Tips : Ambil daun ketapang kering baru jatuh daripada pokok ketapang.

gambar dan ciri ciri pokok ketapang

Selepas kita ambil daun ketapang, bilas daun ketapang dengan air sampai bersih.

Tips : Gosok permukaan daun ketapang guna tangan

Step 2 : Rendam Dengan Air Garam

Garam untuk merendam daun ketapang

Kenapa kena guna garam?

Garam boleh membersihkan daun ketapang daripada kuman merbahayaKita dapat elak daripada ikan laga sakit apabila guna pati daun ketapang pada ikan laga.

Rendam pati ketapang selama 12 jam (semalaman) 

Boleh tak guna ubatan lain untuk bunuh kuman?
Tak sure boleh guna ke tak, tapi lebih baik guna garam sebab lagi senang.


Step 3: Jemur Daun Ketapang

jemur daun ketapang dekat matahari selama 2 minggu berapa lama nak jemur daun ketapang cara buatan jus daun ketapang

Pisahkan daun ketapang satu persatu untuk bagi kering lebih cepat bila jemur.

Berapa lama nak jemur daun ketapang?
Bergantung pada kawasandan cuaca, selalunya dalam 2 minggu.


Step 4: Rebus Daun Ketapang

rebus daun ketapang untuk membuat ekstrak pati ketapang ataupun dipanggil jus daun ketapang untuk ikan laga

Sediakan periuk untuk rebus, Air satu jag, Garam, Daun ketapang.

Tuang air ke dalam periuk dalam sampai paras setengah periuk. Masukkan daun ketapang ke dalam periuk tadi. 

Letak setengah sudu kecil garam. Api jangan besar sebab takut kering nanti.

pembuatan jus ekstrak ataupun dipanggil pati daun ketapang untuk ikan laga

Berapa lama perlu rebus daun ketapang?
Rebus dalam 10-15 minit.

Step 5: Tapis Pati ketapang

sauk ikan laga boleh digunakan juga untuk tapis kutu air dan juga bbs

Tuang air rebus tadi ke dalam bekas

Bekas apa nak guna?
Bekas apa-apa je boleh kita guna yang penting sesuai.

Sambil tuang, tapis guna sauk bbs/kutu air untuk tangkap kotoran pada pati ketapang. 

Sauk lain tak boleh guna ke?
Sauk bbs/kutu air boleh maksimakan penapisan dekat jus pati ketapang yang baru buat. Kalau nak cuba guna sauk lain, cari yang nipis.

Selepas tapis, barulah kita tuang ke dalam botol yang nak guna. Siap!

pati ataupun dipanggil jus daun ketapang pekat untuk ikan laga


Lepas ni dah boleh guna pati ketapang dekat ikan laga.

Jadi, macam mana nak guna pati ketapang dengan betul?
Jadi kita akan sambung next time bye!


Topik Berkaitan










Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Owh, senang je nak buat pati ketapang. Kena rebus jer rupanya
    Tq info :)

    BalasPadam