CARA PENJAGAAN FRY [ IKAN LAGA ]

CARA PENJAGAAN FRY IKAN LAGA


Apa itu fry ikan laga?
Fry ialah anak ikan laga yang baru sahaja lahir selepas menetas daripada telur.

Kenapa kita kena tahu cara nak jaga fry ikan laga?
Ini boleh mengelakkan fry kita daripada mati kerana fry terlalu fragile dan mudah mati.

Banyak perkara yang penting dalam proses penjagaan fry :
1. Pakai air yang selalu kita pakai kat ikan lain boleh ke?
2. Nak bagi makanan apa? macam tak muat je mulut nak bagi pelet
3. Air nak sejuk ke panas?


1. Penjagaan Kualiti Air




Air apa nak pakai?
Air yang sesuai ialah air yang dah dicampurkan pati ketapang/daun ketapang, ubat-ubatan [ kalau ada ] 

Nak pakai air ikan yang biasa pun takpe tapi pastikan air sentiasa bersih semasa proses penjagaan fry.

Apa jadi kalau air kotor?
Air yang kotor boleh menyebabkan fry semakin lemah dan mati selepas sahaja dilahirkan.

Bagi air spawn yang kotor, cepat-cepat tukar air [ fry umur atas 2 minggu sahaja ]. Kita takut fry mati sebab banyak kuman.

Macam mana nak tukar air spawn?
Sediakan air yang sesuai untuk fry, letakkan 3 ekor fry sahaja untuk periksa kualiti air.

Kalau ketiga-tiga fry tersebut masih bertahan hidup selama 10-15 minit, barulah kita tuang semua fry yang ada dalam spawn.


Dengan teknik ni kita boleh elak daripada ikan laga mati disebabkan tukar air yang kotor.

Apa-apa pun hati-hati ye.

2. Makanan Untuk Fry


Selepas fry berumur 4 hari, Barulah makanan perlu diberikan.

Apa yang diorang makan time 4 hari tu?
Mereka akan makan sisa eggyolk daripada tempat mereka menetas sendiri.

Lepas 4 hari, nak bagi makan apa?
Makanan yang boleh diberikan macam microworminfusoriababy brine shrimp (bbs), egg yolk dan kutu air (moina)


Makanan yang terbaik boleh diberikan ialah kutu air ( moina )


3. Penjagaan suhu


Suhu air memainkan peranan penting untuk penjagaan ikan laga.

Kenapa penting sangat untuk penjagaan fry?
Suhu yang stabil boleh mengekalkan kesihatan fry tersebut. 

Kalau air yang sejuk boleh menyebabkan ikan lemah dan mudah terkena penyakit terutamanya pada musim hujan.

Macam mana nak jaga fry semasa musim hujan? 

- link -

Kesimpulan


Korang boleh ikut tiga benda penting tadi :

1. Penjagaan kualiti air
2. Makanan untuk fry
3. Penjagaan suhu

Untuk mengelakkan kekurangan populasi pada spawn ikan laga kita.

Selepas sahaja korang baca " Cara Penjagaan Fry " insyaallah fry korang sihat.

Tak caye cuba try.

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.