MACAM MANA CARA [ BREED ] IKAN LAGA?

Cara breed ikan laga


Breeding ikan laga memang susah untuk beginner, abg dulu pun breed banyak kali tak jadi.

Jadi, kita akan bagi cara paling mudah dan senang untuk korang.

Jadi, Macam mana nak breed ikan laga?
Senang je, ikut cara step by step

Step 1 : Kenal pasti jantina induk
Step 2 : Sediakan breeding tank
Step 3 : Tuang air ikan laga
Step 4 : Breeding - Pengenalan
Step 5 : Breeding - Persenyawaan


Step 1 : Kenal Pasti Jantina Induk


Kenapa kena check jantina, bukan owner ikan dah bagitau ke?
Korang kena check balik sebab takut tersalah breeding nanti.

Contoh, korang terletak pasangan jantan dengan jantan, sampai kiamat pun takkan breed ikan tu, betul tak?

So, Check betul-betul pasangan supaya projek kita berjalan lancar.


Tak tahu macam mana nak bezakan jantina ikan laga? 

baca page cara bezakan jantina ikan laga dekat bawah.



Step 2 : Sediakan breeding tank

Tank ikan laga untuk breeding



Sediakan breeding tank sesuai untuk breeding.

Breeding tank apa yang paling sesuai?
Pakai kotak polisterine paling bagus dan sesuai sebab kotak polisterine boleh menahan suhu semasa proses breeding.

Breeding tank akan menjadi tempat lahir fry baru. Jadi, carilah yang sempurna untuk tempat tinggal pertama mereka.


Step 3: Tuang Air Ikan Laga


Tuang air sesuai ke dalam tank breeding sampai paras 3/4 jari.

Jangan tinggi sangat sebab nanti si jantan susah nak kutip telur.

Tips : Tuang sikit air ikan laga betina

Kenapa dengan air ikan betina?
Boleh membantu jantan lebih mengenal betina lebih cepat.

Step 4 : Breeding - Sesi Pengenalan



Selesai sudah persediaan untuk breeding. Tak sabar kan?

Jom kita mula!

Letak betina dalam tank selama 30 minit barulah kita letak si jantan pula.

Gunakan botol mineral untuk menjadi tempat pengurungan si betina.

Tunggu sampai muncul sarang buih.

Berapa lama nak tunggu?
Selalunya mengambil masa 3 hari sampai seminggu.


sarang buih ikan laga untuk breeding



Apabila jantan dah mula membuat sarang buih, Korang dah boleh bebaskan betina daripada tempat kurungannya.

Kita dah boleh pergi ke next step.

Step 5 : Breeding - Persenyawaan

Breeding ikan laga step by step



Semasa proses persenyawaan berlangsung korang tak boleh nak tengok atau kacau pasangan.

Kenapa?
Ikan laga akan terasa terancam apabila korang kacau semasa sesi persenyawaan. 

Ini akan menyebabkan pasangan memakan semula telur yang baru sahaja dikeluarkan  daripada perut si betina.

Kesimpulan

Breeding ikan laga memang susah untuk beginner tapi nanti dah lama insyaallah mesti senang.

Cara yang abg bagi ni tak 100% sama dengan orang lain sebab breeder berbeza tekniknya.

so, camne dah try?

Kalau tak jadi atau ada apa-apa soalan boleh terus comment kat bawah, insyaallah abg boleh bagi penerangan yang lebih jelas.






Tags

Catat Ulasan

14 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Terima kasih, Terima kasih Terima kasih, Terima kasih
    Terima kasih, Terima kasih
    Terima kasih, Terima kasih

    BalasPadam
  2. Terima kasih bang! Saya dh try bang, banyak fry saya dapat. Nnti saya tekan iklan XD

    BalasPadam
  3. Abang ada jual ikan ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada bang. tengok kt instagram saya @abudar.betta

      Padam
  4. Aslm bang

    Tumpag tanya, kalau saya letak pokok air boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam,

      letak pokok air memang boleh, tapi jangan banyak sangat sampai semak

      Padam
  5. Bang apa jadi kalau saya breed plakat dengan hm

    Boleh jadi hmpk ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau breed plakat dengan hm, kemungkinan anak akan jadi macam plakat tapi anal labur mmg tak bagus.

      Kalau nak buat hmpk cari je induk hmpk.

      Padam