MACAM MANA NAK BUAT [ IKAN LAGA GEMBIRA ] ?



Apa tanda-tanda ikan laga gembira??

sebelum nak buat ikan laga gembira kita kena pastikan dulu. Ada 5 ciri-ciri yang kita boleh bandingkan :

  1. Keaktifan
  2. Warna badan
  3. Makan
  4. Sirip
  5. Tingkah laku



Jadi ikan laga korang stress atau tidak???
Takpe kalau stress kita bole repair guna 5 teknik ni.










1. Guna tank besar




gunakan bekas besar untuk buat ikan laga gembira

Kenapa kena guna tank besar? 

Ikan laga sukakan ruang yang besar untuk berenang bebas kerana ini membantu mereka kekal aktif dan mengurangkan stress. 

Sama seperti kita, bila dapat rumah besar mesti rasa selesa dan seronok. Ruang yang luas juga membolehkan ikan laga menunjukkan tingkah laku semula jadi seperti flare dan berenang melintasi kawasan mereka tanpa halangan.

Tips:

  • Gunakan tank sekurang-kurangnya 5 liter untuk ikan laga solo.

  • Letakkan tumbuhan seperti kiambang, frogbit, atau tanduk rusa untuk menjadi taman semula jadi ikan laga anda, sekaligus memberikan tempat persembunyian dan mengawal suhu air.




2. Selalu tukar air


Kenapa kena tukar air selalu?
Tukar air dapat cegah daripada ikan sakit kerana air kotor. 

Air yang tercemar boleh menyebabkan ikan laga mudah terkena pelbagai penyakit seperti jangkitan bakteria dan parasit. 

Air yang bersih membantu mengekalkan kualiti persekitaran untuk ikan laga, sekaligus memastikan mereka kekal sihat dan aktif. 

Dengan menukar air secara berkala, anda juga mengurangkan risiko pembentukan ammonia dan nitrat yang berbahaya kepada ikan.


Kenapa air ikan laga selalu kotor?
Air kotor disebabkan oleh sisa pencernaan ikan laga dan makanan yang diberikan tidak dimakan oleh ikan laga.

Berapa lama baru boleh tukar air??
Mengikut pengalaman, Boleh tukar apabila kotor atau 1 atau 2 kali seminggu supaya air mereka sentasa bersih.


3. Beri Makanan Bagus


Makanan yang kita selalu dengar macam larva nyamuk, kutu air dan juga pelet adalah makanan yang sering digunakan oleh para breeder.


Kebaikan daripada makanan yang bagus boleh memberi protien yang sihat untuk tumbesaran ikan kesayangan.

Contoh makanan yang bagus:
  1. Kutu air
  2. Baby brine shrimp ( BBS )
  3. Larvae nyamuk
  4. Cacing darah


Nampak sedap kan??



4. Rawat Ikan Sakit




Kenapa kena rawat ikan laga sakit??
Ikan laga sakit perlu dirawat dengan segera supaya boleh kembali sihat dan aktif.

Kalau tak macam mana nak buat ikan laga gembira??
"kesihatan membawa kebahagiaan"

Contoh salah satu penyakit ikan laga yang kita selalu dengar.



Bahaya tau kalau tak rawat!!
Boleh membawa maut kepada ikan laga


5. Elak Cahaya Terang


Bayangkan kena sidai kat cahaya matahari 12 jam setiap hari, Panas tak?

Macam tu jugak ikan laga, mereka tak boleh kena cahaya matahari direct lama-lama atau lampu akuarium yang terang sangat. 

Kesian diorang, dah macam dekat hospital dah nanti semua putih.

Tapi kalau tak boleh dielakkan  recommend letak pokok air untuk menjaga suhu dan menjadi tempat teduh bagi ikan laga.

Sebagai contoh
pokok kiambang, frogbit dan tumbuhan air lain.

Hal ini boleh menyejukkan tank atau bekas ikan laga yang korang pakai. Tapi kalau air still panas korang perlu tukar tempat letak ke tempat yang lebih teduh.

Ikan laga ni suka tempat-tempat redup dan gelap macam kat paya. So cubalah yang terbaik untuk buat sama macam tempat tinggal asal diorang.



Kesimpulannya,

Cubalah yang terbaik untuk buat ikan laga korang gembira agar kesihatan dan kebahagiaan ikan laga terjaga.

Ringkasan teknik : 

  1. Guna bekas besar
  2. Selalu tukar air
  3. Beri makanan bagus
  4. Rawat ikan sakit
  5. Elak Cahaya Terang

Insyaallah ikan laga yang kurang gembira atau stress dapat dikesan dan "digembirakan" dengan 5 teknik tambahan ni.

Amacam? ikan gembira tak??

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.