MACAM MANA CARA PAM TELUR IKAN LAGA BETINA?? [ Tutorial ]

Cara Pam Telur Ikan Laga Betina



Kenapa kita kena pam telur ikan laga betina?

Apabila breeding ikan laga betina akan mengeluarkan telur. Jadi, untuk menambah bilangan hasil breeding kita kenala pam telur ikan betina.

Macam mana nak pam telur ikan betina??

Haa, ni cara-caranya...

Step 1 : Kenal Pasti jantina

(Original from instagram @abudar.betta)

Kenapa kena kenal pasti jantina, Bukan owner dah bagitau ke?
Kita kena check balik jantina ikan laga kita sebab takut nanti dah lama pam telur baru perasan ikan laga tu jantan. Jadi, kita kena check balik jantina ikan laga kita.

Macam mana nak bezakan jantina ikan laga?

Senang jer, ikut cara dekat link ni...

Link : Cara bezakan jantina ikan laga


Step 2 : Sediakan Bahan


Bahan apa nak disediakan?
Bekas besar, Air, Makanan hidup, Pokok air.

Bekas apa nak pakai untuk pam telur ikan laga betina?
Paling sesuai paka baldi 2 untuk pam telur ikan laga betina.

Bekas lain boleh ke?
Boleh je, tapi pakai yang besar untuk pam telur lebih cepat.

Step 3 : Groom Ikan


Kita start dengan masukkan air ke dalam baldi untuk proses pam telur.

Air apa yang nak guna?
Tak kesah nak letak air peram ataupun air anti klorin, Yang penting sesuai untuk ikan laga.

Letak sikit daun ketapang kering ataupun pati ketapang.

atau

Berapa banyak bang?
Letak jer berapa banyak pun. Ikut suka hati korang jangan banyak sangat pulak. Takut kita membazir.

Masukkan pulak pokok air...


Kenapa kena letak pokok air?
Pokok air boleh memberi keselesaan semasa proses pam telur ikan laga betina.

Mana nak dapat pokok air ni?

Senang jer, kat farm abg ada.  contact je.

Bagi pulak makanan hidup...


Kenapa guna makanan hidup?
Makanan hidup boleh membantu menghasilkan telur yang lebih berkualiti untuk hasil fry yang bagus.


Step 4 : Tunggu


Berapa lama nak tunggu untuk pam telur ikan laga betina?
Selalunya mengambil masa seminggu - 2 bulan untuk telur ikan laga betina betul-betul penuh.

Siap!

Macam mana pulak nak breed ikan laga?
Ikut je tutorial ni...




Catat Ulasan

7 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Terboik sifu������

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah sy buat jgk guna cara ni..memng bulat² perot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mantap, Hareedz....nnti boleh carikan suami, bawak kahwin.

      Padam
  3. Alhamdulillah, Dapat anak banyak bang. Dalam 500+

    BalasPadam
  4. padu bang ilmu ni, sya dh try mmg banyak menjadi penuh fry kt bekas pembesaran tu

    BalasPadam