PERSIAPAN PENTING SEBELUM MEMBELI [ IKAN LAGA ]

Persiapan Sebelum Membeli Ikan Laga


Kenapa kena buat persiapan sebelum membeli ikan laga?

Untuk elak daripada kelam kabut selepas membeli ikan laga.

Contoh :

1.  Apa air yang sesuai untuk ikan laga?

2. Bekas apa nak guna untuk letak ikan laga?

3. Makanan apa nak bagi?




Dengan membuat persiapan kita boleh pastikan ikan laga kita sentiasa gembira dan sihat.


1. Air yang sesuai


Air yang sesuai perlu disediakan untuk ikan laga sebab ikan kita tak boleh hidup dekat semua jenis air.

Contoh air yang sesuai adalah air anti klorin, air peram, air hujan dan lain-lain.

Abang selalu pakai air peram untuk ikan laga sebab air peram abg dah dicampurkan dengan pati ketapang dengan garam dan ramuan2 lain.

2. Bekas Ikan Laga


Kita kenalah menyediakan bekas untuk ikan laga.

Kalau korang tak ada tank kaca, korang boleh pakai "bekas kuih" yang sesuai.

kalau nak pakai bekas macam "otai ikan laga pakai" boleh search kat google  ' SU Tank '







3. Makanan Ikan Laga





Makanan ikan laga sangatlah penting sebab ini adalah salah satu keperluan asas mereka.

Tak kesahlah nak bagi makanan hidup atau pelet. Mereka memerlukan pelet sebanyak 4-5 biji 2 kali sehari untuk kekenyangan mereka.    
 
Yang penting jangan overfeed

Kesimpulan

Sebelum beli ikan laga kita kena sediakan...
  1. Air Yang Sesuai
  2. Bekas Ikan Laga
  3. Makanan Ikan Laga
Untuk elakkan kelam kabut selepas membeli ikan laga.

Abg harap ilmu ini bermanfaat untuk korang semua...

Lepas beli ikan, korang nak breed tak?

Kalau nak boleh belajar pulak cara breed ikan laga

Kalau ada soalan atau kurang paham tentang "persiapan sebelum membeli ikan laga" boleh komen dekat bawah.

Catat Ulasan

2 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ingat nak beli ikan terlupa pasal pemakanan naseb baik terjumpa kat google

    BalasPadam