Persiapan Sebelum Membeli Ikan Laga
Kenapa kena buat persiapan sebelum membeli ikan laga?
Untuk elak daripada kelam kabut selepas membeli ikan laga.
Contoh :
1. Apa air yang sesuai untuk ikan laga?
2. Bekas apa nak guna untuk letak ikan laga?
3. Makanan apa nak bagi?
Dengan membuat persiapan kita boleh pastikan ikan laga kita sentiasa gembira dan sihat.
1. Air yang sesuai
Air yang sesuai perlu disediakan untuk ikan laga sebab ikan kita tak boleh hidup dekat semua jenis air.
Contoh air yang sesuai adalah air anti klorin, air peram, air hujan dan lain-lain.
Abang selalu pakai air peram untuk ikan laga sebab air peram abg dah dicampurkan dengan pati ketapang dengan garam dan ramuan2 lain.
2. Bekas Ikan Laga
Kita kenalah menyediakan bekas untuk ikan laga.
Kalau korang tak ada tank kaca, korang boleh pakai "bekas kuih" yang sesuai.
kalau nak pakai bekas macam "otai ikan laga pakai" boleh search kat google ' SU Tank '
3. Makanan Ikan Laga
Makanan ikan laga sangatlah penting sebab ini adalah salah satu keperluan asas mereka.
Tak kesahlah nak bagi makanan hidup atau pelet. Mereka memerlukan pelet sebanyak 4-5 biji 2 kali sehari untuk kekenyangan mereka.
Yang penting jangan overfeed
Kesimpulan
Sebelum beli ikan laga kita kena sediakan...
- Air Yang Sesuai
- Bekas Ikan Laga
- Makanan Ikan Laga
Untuk elakkan kelam kabut selepas membeli ikan laga.
Abg harap ilmu ini bermanfaat untuk korang semua...
Lepas beli ikan, korang nak breed tak?
Kalau nak boleh belajar pulak cara breed ikan laga.
Kalau ada soalan atau kurang paham tentang "persiapan sebelum membeli ikan laga" boleh komen dekat bawah.
Ingat nak beli ikan terlupa pasal pemakanan naseb baik terjumpa kat google
BalasPadamGembira dapat bantu😊
Padam